Thursday, November 21, 2013

Dari lubuk hati yang paling dalam

“Mungkin aku tak kan rasa kasih sayang kau tu.

Mungkin aku takkan rasa macam mana bila dapat, 

kasih sayang yang mereka canang-canangkan tu.
Hati aku jadi sakit, 
Saat mereka bercerita.

Saat mereka menulis.

Akhirnya, aku akan menangis sendiri.

Tidak, aku tak cemburu.

Tidak, aku bukan benci.

Tapi, aku sakit kerana tak tahu apa rasanya
disayangi macam mereka ceritakan itu.

Aku bukan tak suka,

cuma aku sudah tak kuat mendengar mereka bicara.
(Kau tahu, aku suka mendengar mereka yang nak bicara dengan aku, 
Sebab aku, aku tak tahu harus bicara apa dengan mereka. 
Banyak benda yang aku tak boleh dan tak gamak nak cerita.)

Mungkin aku sudah imun dengan ‘ubat’ tahan sakit yang dulu. 

Atau Tuhan dah tarik kesembuhan dari ‘ubat’aku yang dulu tu.

Aku kena cari ‘ubat’ baru, 
atau tambah dos nya.


Aku tak tahu.
Kasih sayang kau itu, 

Yang selalu aku harapkan, 

Tapi, mungkin takkan.
Takpelah.
Masih tetap akan aku doakan dan berharap, 


Semoga suatu hari nanti, 

Allah beri izin kau rasa kasih sayang - NYA. 

Mungkin kau kurang kasih sayang,
Maka itulah kau jadi begini. 

Dan aku tunggu, 
kalau suatu hari nanti, 

Kalau masih ada hayat, 
Kalau masih sempat, 

Aku ingin melihat kau berubah.
Sungguh, aku pun tak tahu bagaimana lagi harus aku usahakan.

Dan hari ini,

Sekali lagi aku merasa sangat sakit dengan perbuatanmu,

dengan kata-katamu, 

Tapi, tak mampu aku tunjukkan seperti mana yang kau tunjukkan kepada aku.
Kalau ada rezeki, 
Allah akan beri pada aku, 
Kau yang aku harap-harapkan.

Kalau tak pun, 
Jika selepas ‘kepulangan’aku kepada Tuhan pun, 

Tak mengapalah. 
Aku tahu aku akan bahagia disana, 

Melihat kau yang sudah berubah di sini.
Aku tak mahu melihat kau menangis. 

Sungguh aku tak mahu.
Dan aku pun tak tahu,
apa lagi yang harus aku lakukan untuk memuaskan hati mu.

Dari lubuk gaung hati 

Friday, August 23, 2013

#SuratUntukDiri


Fragile = handle with care. Easily broken. Bagi aku itu perkataan paling sesuai untuk aku samakan dengan hati. Hati manusia. Hati aku. Percaya atau tidak perkara yang paling susah untuk dilakukan adalah untuk memujuk hati sendiri. Untuk bagitahu yang segala akan baik-baik sahaja. Untuk bagitahu yang semunya akan OK sahaja.

Susah.

Cukup susah.

Lagi susah kalau aku tahu yang benda itu tidak sepatutnya atau menentang norma fikiran dan prinsip aku tapi aku gagahkan untuk memujuk juga. Sebab apa? Sebab yang paling senang dalam dunia.

Sebab sayang.

Haih!

Sakit hati ini. Cukup sakit. Sakit nak menahan otak yang tidak berhenti berfikir untuk meneutralkan segala apa yang kau hamburkan pada aku. Sakit telinga aku nak menahan setiap kata-kata kau yang menusuk masuk. Kalau aku boleh pekak mungkin dah lama aku pekak dek kata-kata kau. Sakit mata aku nak menyeka air mata yang setiap kalinya ingin mengalir laju keras keluar dari mata kerana tak mampu menerima setiap kata-kata kau. Betul kata orang. Benda yang paling tajam adalah kata-kata. 

Yang menambah ketajaman adalah status orang yang mengelurkan kata-kata itu. Lagi tajam kata-kata orang yang kita sayang.

Tajam. Sangat.

Manusia itu pelbagai. Dari rupa sampailah perangai. Seribu serba satu ragam yang kadang-kadang tak pernah kau fikir akan wujud pun. Tapi pada aku tidak kira berlainan warna atau sikap tapi kalau punya satu perasaan yang sama kita masih boleh berdiri, berjalan seiring. Tidak mustahil. Tahu perasaan apa?

Perasaan sayang.

Haih!

Dengan ada perasaan sayang semua yang mustahil pun boleh direalisasikan. Tidak ada yang mustahil sebab kita yang buat dia, bukan dia buat kita. Kuasa pada kita kalau nak mengubah dan berubah. Kalau betul kau sayang kau akan berubah atau mengubah supaya kau masih lagi boleh berdiri dan berjalan seiring bukan?

Memang betul kita tidak boleh mengubah seseorang tapi kita boleh mengubah diri sendiri untuk menyesuaikan diri, sikap, sifat, prinsip dan pendapat dengan orang yang kita sayang. Itu namanya bertolak ansur. Kadang bukan untuk menang dan kadang bukan untuk mengalah tapi kerana rasa ingin terus bersama. Bagi aku itu matang. Matang dalam hubungan. Tidak perlu nak marah tak tentu pasal atau nak merajuk tak tentu masa. Sebab kau faham aku dan aku faham kau.

Tapi yang aku tahu kau tak faham aku.
Memang kan?

Wednesday, July 10, 2013

Muslimah


“Muslimah itu,

Terkadang gelak kuat tak henti-henti,

Terkadang juga minum berdiri,

Terkadang sebelum tidur terlupa baca doa dan ayat Kursi,

Terkadang pakai stoking mula dari kaki kiri,

Terkadang aci redah sarung kasut orang lain tanpa di sedari.


Muslimah itu,

Terkadang gembira sampai terlompat terkinja sambil senyum tayang gigi,

Terkadang air matanya menitis laju tak terperi,

Terkadang rasa lemah sampai tak mampu nak bangun-bangun lagi,

Terkadang rasa marah menguasai diri,

Sampai rasa nak lempang orang tu laju-laju without mercy.


Muslimah itu,

Adalah manusia biasa,

Yang tak lari dari segala bagai perasaan sebagai manusia,

Yang tak lari dari segala macam ujian dan pancaroba,

Yang tak lari dari perasaan lemah dan tak bermaya,

Yang tak lari dari buat khilaf salah dan dosa
Kerana apa?

Kerana dia juga manusia biasa.


Apa-apa pun,

Yang pastinya,



Muslimah itu,

Sentiasa bangkit bila terjatuh,

Sentiasa cuba gembirakan orang lain walau hatinya sendiri remuk,

Sentiasa cuba untuk improve diri,

Dari semasa ke semasa tanpa henti,

Walau terkadang dia tersungkur,
Itu bukan kerana dia lemah,

Tapi itu kerana dia cuba ambil masa untuk bangkit semula,

Jadi kuat dari sebelumnya,

Kerana dia berusaha,

Untuk menjadi bidadari dunia,

Dan juga di akhirat sana.”

(via khaufandraja)

Monday, June 10, 2013

Aku redha

Redha tu.
Bukan sekadar kita cakap ‘Aku redha’.
Dan segala benda akan jadi seperti sedia kala.


Tak. Tak.
Sebab, hati tu.
Bukan mudah nak diubah rasa.
Macam kita tutup buka suiz lampu ikut suka.


Hati tu.
Perlukan ruang dan masa.
Untuk dirawat lukanya.

Monday, June 03, 2013

Tabah

Hari.
Yang buat hati lebih kuat merasa.
Yang buat mata jadi lebih berkaca.
Bukan nak dirungutkan jalan yang sudah diatur di depan.
Bukan tak disyukurkan nikmat yang sudah dicukupkan.
Untuk segala nikmat yang dah diberi.
Yang dah digunapakai tiap inci.
Yang tak mampu dihitung kira jari.
Syukur itu aku ulang tiap hari.
Cuma.
Seringkalinya.
Rasa payah dengan apa yang mendatang.
Buat hati lemah. Lelah.
Mengalah.
Aku minta.
Diringankan beban.
Dimudahkan jalan.
Diberikan kekuatan.
Dilapangkan hati menerima ujian.
Aku tahu.
Kau yang paling tahu.
Sebelum aku mengadu.
Rapuh hati aku.
Jangan kau biar terus derai pecah tak tercantumkan.
Resah hati aku.
Jangan kau biar terus tenggelam dalam perasaan.
Redakan hati aku yang resah tak menentu.
Tetapkan hati aku yang goyah melulu.
Pada janjimu.
Aku masih pohon restu.
Moga Kau perkenankan satu-persatu.
Moga Kau penuhkan satu-satu hati aku dengan cintaMU.
Aku nak Kau tetap pandang aku.
Tak berkalih walau sedetik waktu.
Aku nak Kau tetap pegang aku.
Tak terlepas walau aku buruk laku.

Kau. Rabbi.
Aku perlukan Kau tiap waktu.
Tak terhitungkan
.

Saturday, May 25, 2013

Doa

Pernah dulu aku berdoa,

Namun doaku tidak dikabulkan,

Lalu aku berhenti berharap,

Tempohnya lama,

Aku lalui hari dengan sisa harapan yang berbaki dalam jiwa,

Takut untuk mengharap kelak diri yang merana,

Kini,

Entah bagaimana perasaan berharap dulu mula singgah semula dalam jiwa,

Pengharapan dulu mula bercambah subur dalam diri yang tidak bermaya,

Nafasku tarik dalam,

Mindaku biar bebas sebentar,

Mataku pejam rapat,

Tangan kembali bersatu,

Doaku yang dulu kembaliku seru,

Impianku yang terkubur mulaku gali rakus,

Persoalan mula bermain di minda,

Sampai bila pula kali ini aku mampu bertahan?

Entah,aku masih belum punya jawapan untuk itu,

Moga kali ini doaku mampu dikabulkan sebelum rasa dulu kembali semula,

Engkau bagaimana disana?

Punya rasa yang sama?

Saturday, May 04, 2013

I'm done

I'm done doing things for people
that don't care.
I'm done putting all of my effort 
into someone that will just
let me down in the end.

I'm tired, and I'm exhausted
from the feelings
that disappointment brings.

Someone can only be broken
so many times until they're
tired of having to put
the pieces back together
all over again.

SFH   

Wednesday, May 01, 2013

Sabar.

“Kadang- kadang Allah biar kita sendiri dulu,  
untuk kita perbaiki diri.
Lagi pun , sebab Allah tahu kita mampu.
Setakat yang kita mampu,
DIA tahu kita boleh berdikari,
Dengan kudrat yg ada, 
Ke sana ke mari, 
Tanpa insan bernama lelaki.
Mungkin, 
Kerana itulah,
Kita masih sendiri.
Selain soal jodoh yg belum tiba.
Bukan belum ada! 
Bukankah semuanya diciptakan berpasang-pasangan?
Tapi soal kemampuan kita. 
Makanya, jangan cemburu pada teman2 yang sudah berpunya (bersuami), 
Mungkin mereka sudah sampai saatnya ditemani insan bergelar suami.”

Kita sendiri? Takpelah, kita mampu lagi. Masih ada perkara yang perlu kita perbaiki. Ini, buat pemujuk hati, penenang sanubari.